BATALION KE-12 REJIMEN ASKAR MELAYU DIRAJA
ASSALAMUALAIKUM W.B.T
Saya Ku Nur Arisha Syafiqa Binti Ku Adzhari, nombor matrik 4242181001 dari Diploma In Physiotherapy Cohort 31 di KPJ Healthcare University College yang akan membentangkan tugas Batalion ke-12 Rejimen Askar Melayu Diraja bagi menyempurnakan tugas yang diberi oleh Ustaz Wan Ahmad Fuad Bin Wan Ahmad Kamil bagi subjek MPU 2163.
PENGENALAN
Rejimen Askar Melayu Diraja yang
lebih dikenali RAMD merupakan satu pasukan tempur infantri. RAMD merupakan
rejimen yang tertua di dalam Tentera Darat Malaysia. RAMD hanya dianggotai oleh
anggota-anggota berketurunan melayu sahaja tidak seperti rejimen-rejimen dalam
Tentera Darat Malaysia yang lain, yang boleh dianggotai dari pelbagai kaum. Pasukan
ini, mempunyai kekuatan sebanyak 27 batalion. Selepas tiada lagi ancaman dari komunis, maka RAMD telah dikecilkan menjadi 25 batalion sahaja. Akan tetapi, selepas krisis Pencerobohan Lahad Datu pada 2013, RAMD telah mengaktifkan semula batalion ke-26 yang bertempat di Kem Kukusan, Tawau, Sabah.
KENAPA SAYA PILIH ?

Batalion ke-12 merupakan salah satu
batalion Kem Mekanize. Hanya terdapat 3 unit yang mempunyai Kem Mekanize iaitu
12 RAMD di Kuantan, Pahang, 14 RAMD di Negeri Sembilan dan 19 RAMD di Sungai
Petani, Kedah. Kem Mekanize ialah golongan askar infantri (tempur) yang
memiliki aset kenderaan import dari luar negara. Kenderaan berantai hanya
terdapat di 12 RAMD. Contoh kenderaan : ACV300, ADNAN, GEMPITA, AV8IF5.
LATAR BELAKANG & SEJARAH PENUBUHAN
Berlakunya tragedi 13 Mei 1969 yang mencatat sejarah hitam negara telah menubuhkan 12 Rejimen Askar Melayu Diraja. 12 RAMD telah ditubuhkan di Kem Remilies, Ipoh, Perak pada 14 Mei 1969 dengan kekuatan asalnya seramai 12 Pegawai Tetap, 12 Pegawai Kerahan, seorang Kompeni Sarjan Mejar dan 610 anggota kerahan. Kuasa penubuhan anggota ini ialah FED/(M)/300/6/72. Penubuhan pasukan ini juga adalah atas perkenan KDYMM Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al Muadzam Shah iaitu Sultan Pahang selaku Yang DiPertua Rejimen Askar Melayu Diraja ketika itu telah melakukan lawatan ke 13 Bn Inf (AW) di Batu Gajah, Perak. Baginda seterusnya telah mengistiharkan 13 Bn Inf (AW) sebagai Batalion ke 12 RAMD. Dengan pengistiharan tersebut, batalion secara langsung telah bertaraf operasional. Anggota-anggota pula telah diserapkan sebagai anggota tetap di dalam Angkatan Tentera dan bukan sebagai anggota kerahan.
Pegawai Memerintah yang pertama ialah Lt Kol Raja Aman Shah bin Raja Shahar Shah bermula pada 15 Mei 1969 sehingga 18 Oktober 1970 dan Sarjan Mejar Pertama ialah 5225 PW I Ahmad bin Lebai Kari pada 01 Jun 1969 sehingga 15 September 1971. Selaras dengan permodenan dan peningkatan keupayaan pasukan pasukan infantri, 12 RAMD telah dipilih sebagai salah sebuah Batalion Infantri Mekanize. Pemilihan ini, merupakan satu penghormatan dan pengiktirafan kepada keupayaan pasukan. Sehubungan dengan itu maka beberapa peralatan dan persenjataan sebagai sebuah pasukan mekanize telah dimasukkan sebagai inventori pasukan. Bagi memulakan peralihan sebagai Batalion Mekanize, 2 buah kenderaan berperisai iaitu Malaysian Infantry Fighthing Vehicle (MIFV K 200) yang dinamakan LIPAN BARA telah diterima pada 24 Disember 1997. Penerimaan secara rasmi telah disempurnakan oleh Ybhg Panglima 4 Briged Mekanize iaitu Brig Jen Dato' Tengku Ariffin bin Tengku Muhamed pada 2 Januari 1998 di Komplek Kenderaan Jenis 'B' 12 RAMD. Bermula dari tarikh ini, peranan dan tugas 12 RAMD telah bertukar dari sebuah Batalion Infantri Standard kepada sebuah Batalion Mekanize.
ACV-300 ADNAN
AV-8 8X8 GEMPITA
AV-8 8X8 GEMPITA
PT-91M PENDEKAR
ACV-300 ADNAN
Lokasi penempatan pasukan adalah seperti berikut :
a) Kem Remilies
Ipoh, Perak : 14 Mei 68 – 21 Mei 69
b) Kem Batu Gajah,
Perak : 22 Mei 69 – 20 Mac 70
c) Kem Batu Uban,
Pulau Pinang : 21 Mac 70 – 12 Feb 72
d) Kem Serian,
Kuching, Sarawak : 13 Feb 72 – 12 Dis 72
e) Kem Taiping,
Perak : 13 Dis 72 – 25 Apr 73
f) Kem Sungai Ara,
Pulau Pinang : 25 Apr 73 – 1 Mei 76
g) Kem Kanowit,
Sibu, Sarawak : 2 Mei 76 – 31 Mac 77
h) Kem Sungai Ara,
Pulau Pinang : 1 Apr 77 – 31 Dis 81
i) Kem Sandakan,
Sabah : 1 Jan 82 – 31 Dis 82
j) Kem
Daralockwood, Kuantan, Pahang : 1 Jan 83 – sekarang
COGAN KATA PASUKAN
Cogan kata pasukan adalah "BERSATU TEGUH PANTANG MENYERAH". Cogan kata ini diilhamkan oleh Leftenan Kolonel Mohd Abu bin Hj Ali (Pegawai Mmerintah ke-8) semasa beliau memerintah batalion ini pada tahun 1981. Sebelum ini cogan kata pasukan ialah "BERSATU TEGUH PANTANG UNDUR". Memandangkan perkataan "UNDUR" mempunyai pengertian yang boleh menyimbulkan salah faham maka ia ditukarkan kepada "MENYERAH". Pada awal tahun 1998, semasa pemerintahan Lt Kol Mohd Nasir bin Abdul Rahman (Pegawai Memerintah ke-17). Beliau telah mengubah cogan kata lama dan ditukarkan kepada "TANGKAS GEMPUR". Perubahan ini dibuat sesuai dengan keadaan masa kini yang turut merubah peranan dan fungsi pasukan daripada sebuah Batalion Infantri Standard kepada sebuah Batalion Infantri Mekanize. Ianya juga selaras dengan cogan kata 4 Briged Mekanize iaitu "TANGKAS PERKASA" dan Ikrar 3 Div yang menyebut "PENGGEMPUR WAJA". Cogan kata "TANGKAS GEMPUR" kini sama juga sebagai laungan Perang atau "Battle Cry" untuk pasukan ini. Maksud cogan kata ialah :
TANGKAS :
Ini bererti cekap, cergas dan pantas pada setiap perkara yang dilakukan untuk
menjadikan sebuah pasukan yang sentiasa bersedia untuk digerakkan ke medan
perang.
GEMPUR : Ini
bererti dapat membinasakan, menghancur dan memusnahkan sikap diri individu yang
negatif dan melawan hawa nafsu agar dapat melahirkan perajurit terbilang dan
pasukan yang unggul lagi digeruni demi mencapai kemenangan dalam mana-mana
pertempuran atau peperangan.
PENGLIBATAN DI DALAM OPERASI & LATIHAN
OPERASI
SEMPADAN
Kawasan : Sempadan Malaysia – Thailand
Tarikh mula – tarikh tamat : 4 JAN 1970 –
3 MAC 1970
Kekuatan (termasuk tumpangan) : 1 Batalion
Nama ketua penempatan : LT Kol Raja Aman
Shah bin Raja Shahar Shan
Kejayaan diperolehi : Tiada
OPERASI
GERAKAN YAKIN VI
Kawasan : Sibu, Sarawak
Tarikh mula – tarikh tamat : 1 JULAI 1976
– 28 SEP 1976
Nama ketua penempatan : LT kol Ismail bin
Omar
Kejayaan diperolehi : Pada 24 SEP 1976, seorang PGK Berjaya dibunuh
EKS SOUTHERN
TIGER DI DARWIN AUSTRALIA
- Eks ini merupakan eks bersama Tentera
Australia
Kawasan : Darwin, Australia
Tarikh : 27 OGOS 2004 – 12 SEP 2004
Kekuatan : 7 Pegawai dan 4 LLP
Pencapaian : Memuaskan
SECEBIS CERITA TENTANG "PANTANG MAUT SEBELUM AJAL"
IMPAK KEPADA MASYARAKAT
Objektif utama Askar Melayu ialah
mempertahankan perbatasan sempadan negara daripada sebarang penceroboh luar
selain menentang musuh dan berkhidmat semasa darurat. Beliau juga beperanan
membantu pihak polis dan pihak berkuasa awam dalam mengekalkan keamanan awam
dan terlibat dalam operasi anti-keganasan. Selain menjaga keamanan negara serta
menyelamatkan negara dari dijajah dan diancam oleh musuh, Angkatan Tentera
Malaysia juga membantu masyarakat dari segi pertolongan. Contohnya,
menyelamatkan mangsa banjir di negara kita. Beliau juga membantu mengagihkan
makanan kepada mangsa mangsa banjir ataupun kawasan pedalaman yang sukar untuk
mendapat bekalan makanan. Selain itu, Beliau juga pernah menyelamatkan nyawa 2
orang mangsa lemas dalam kejadian di sebuah tali air. Bukan setakat itu, beliau
juga bertugas di tempat pemindahan mangsa banjir.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, kita dapat perhatikan 12 RAMD MEKANIZE ini merupakan pasukan yang mempunyai tanggungjawab yang tinggi bagi memastikan keselamatan negara dan masyarakat terjamin. Bukan setakat itu, beliau juga berkhidmat demi negara, bangsa dan agama. Oleh itu, sebagai masyarakat yang prihatin, kita mestilah menghormati pekerjaan beliau yang bertarung nyawa demi menyelamatkan menjaga keamanan negara. Ramai yang memikirkan pekerjaan sebagai seorang TENTERA sangat mudah dan dipandang rendah kepada masyarakat tanpa memikirkan pengorbanan beliau terhadap negara kita yang tercinta. Selain itu, ramai masyarakat mengatakan bahawa pekerjaan tentera adalah salah satu pekerjaan yang tiada masa depan dan diperlekehkan oleh sesetengah masyarakat. Masihkah anda fikirkan pekerjaan sebagai seorang tentera ini amat mudah ? Renungkanlah ! Bertapa sukarnya menjadi seorang tentera, tambahan lagi tiada sokongan dan dorongan daripada masyarakat. Oleh itu, kita perlulah menyokong pekerjaan beliau dan menanamkan sifat patriotisme dalam diri. Akhir sekali, setiap pekerjaan mempunyai tanggungjawab dan pengorbanan tersendiri, maka sebagai masyarakat yang cinta akan negara, kita mestilah menghormati pekerjaan beliau.
SEKIAN, TERIMA KASIH 😍










Terbaik..
ReplyDeleteBanyak lagi kejayaan pasukan falam operasibridak dipaparkan
ReplyDelete